Saturday, January 23, 2010

ISL MINGGU 3: JADUAL PENENTU UJIAN DAN LANGKAH-LANGKAH PEMBINAANNYA

1. PENGENALAN DAN KONSEP
Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p. Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan. Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

Jadual penentuan ujian membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar.
Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.
2. LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JPU

LANGKAH 1:

1.1 Tentukan topik yang hendak ditaksir. Misalnya dari Topik 1.1 hingga 1.3

1.2. Tentukan bilangan masa pengajaran Misalnya 40 waktu

LANGKAH 2:

2.1 Tentukan jenis ujian
Ujian objektif, Struktur dan/atau Esei

2.2 Tentukan jumlah item akan dibina
Misalnya 10 item.

2.3 Tentukan pemarkahan setiap item
Misalya 5 markah bagi 1 item

2.4 Hitung berapa waktu P&P mesti dibina bagi
satu item

= 40 = 4 waktu = setiap 4 waktu P&P dibina 1 item
10 atau
= setiap 1 item bagi 4 waktu P&P.



2.5. Hitung Bilangan Item Bagi Setiap Topik;

Jumlah Waktu P&P Topik x Jumlah Item
Jumlah Waktu Keseluruhan

Contoh: Tajuk 1.2.

= 15 x 10 = 3.75 ~ 4 item bagi topik 1.2.
40

LANGKAH 3:

3.1 Tentukan model aras kesukaran item
(menggunakan Taksonomi Bloom)

3.2 Untuk Domain kognitif;

Aras 6: Penilaian Sukar
Aras 5: Sintesis
Aras 4: Analisis
Aras 3: Aplikasi
Aras 2: Kefahaman
Aras 1: Pengetahuan Mudah

LANGKAH 4:

3.1 Tentukan bilangan item bagi
setiap komponen (sekiranya
pelbagai bentuk ujian dibina –
objektif, struktur dan / atau esei)

3.2 Tentukan aras kesukaran setiap
item dan mengikut pemberatan
5:3:2 atau 6:3:1 atau antara 20% -
80%

Langkah 5:
5.1 Bina jadual dan lengkapkan
dengan semua ciri yang telah
ditentukan.

5.2 Susun nombor item mengikut
tajuk.

5.3 Tuliskan mata pelajaran dan
tingkatan.


Sumber:

Azizi Ahmad.2009.HBEF3203. Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Meteor Doc. Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan.
http://www.docstoc.com/docs/DownloadDoc.aspx?doc_id=16907486
http://www.docstoc.com/docs/DownloadDoc.aspx?doc_id=15184794
http://www.scribd.com/doc/14284619/langkahlangkah-membuat-Jadual-Penentu-Ujian-JPU
http://www.scribd.com/doc/18001556/Jadual-Penentuan-Ujian

Wednesday, January 13, 2010

ISL MINGGU 2: TAXONOMY BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

1. Taxonomy Bloom

Di dalam pentaksiran Bahasa Melayu mementingkan pentaksiran yang berkualiti dengan adanya pengunaan taxonomy bloom.
Taxonomy Bloom mengandungi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

a) Kognitif (Kemahiran mental dan pengetahuan)
- mengandungi pengetahuan dan perkembangan kemahiran intelektual
- dibahagikan kepada 6 kategori bermula dengan susah ke senang iaitu.
i. Pengetahuan-nyatakan, namakan, terangkan, labelkan
ii. Kefahaman-pilih, terangkan, tulis semula
iii. Penggunaan-selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat
iv. Analisis-bezakan, pastikan, pilih
v. Sintesis-bina, hasilkan, susun, kembangkan
vi. Penilaian-pilih kritik, berikan alasan, buktikan


2. Domain Krathwohl

b) Afektif ( Perkembangan perasaan dan emosi)
- mengandungi bagaimana kita mengenalpasti dan mewujudkan perasaan yang pelbagai, mengawal emosi, nilai, motivasi, pendirian seseorang.
- Dibahagikan kepada 5 bahagian bermula dari senang ke susah:
i. Menerima fenomena (Kesediaan untuk menyedari adanya suatu fenomena di persekitaranya) -tanya, pilih, huraikan, ikut, gunakan, namakan
ii. Bertindakbalas dengan fenomena (Memberikan reaksi terhadap fenomena yang ada di persekitaranya. Meliputi persetujuan, kesediaan, dan kepuasan dalam memberikan tanggapan).- beri jawapan, masukan, labelkan, pastikan, bincangkan, latih.
iii. Menghargai(Berkaitan dengan harga atau nilai yang diterapkan pada suatu objek, fenomena, atau tingkah laku..) - selesaikan, demonstrasikan, bacakan, belajar, kongsi
iv. Organisasi(Menilai nilai-nilai yang berbeza, dengan menyelesaikan konflik atau permasalahan yang berlaku, dan membentuk suatu sistem nilai yang konsisten.) - bezakan, samakan, terangkan, sintesis
v. Kompleks nilai(Memiliki sistem nilai yang mengendalikan tingkah lakunya sehingga menjadi amalan hidup.)- dengar, persembahkan, beri soalan, latih, selesaikan

c) Psikomotor ( kemahiran fizikal)
- mengandungi pergerakan fizikal, kordinasi dan menggunakan kemahiran motor bagi meningkatkan latihan.
- Dibahagikan kepada 7 kayegori oleh Simpson,1972 yang bermula daripada susah ke senang.
i. Persepsi- pilih, huraikan, hubungkan pastikan
ii. Set-mulakan, terangkan, gerakkan, tunjukkan
iii. Menunjukan apa yang direspon- ikut, respon, bertindak, salin
iv. Mekanisme- tunjukan, organisasikan, manipulasikan, lakarkan, binakan
v. Complext Overt Response- manipulasikan, binakan, campurkan, organisasikan, himpunkan
vi. Adaptasi- ubah, ulangkaji, mengubah, mengorganisasikan, adaptasi
vii. Organisasi- susunkan, binakan, bezakan, buatkan


Sumber:
http://akademik.upsi.edu.my/info/index.php?option=com_content&view=article&id=67&Itemid=75&lang=en

http://id.wikipedia.org/wiki/Taksonomi_Bloom

http://www.cuhk.edu.hk/oge/rcge/conference/090603/handout/Susan_Affective.pdf

Thursday, January 7, 2010


Pentasiran, Penilaian, pengujian dan Pengukuran

ISL (1): Konsep Pentaksiran, Pengujian, Penilaian dan Pengukuran

Pentaksiran
a) Konsep :
pembelajaran berterusan, dijalankan bagi memastikan pelajar memahami penguasaan dan pemahaman yang telah diberikan oleh guru samaada berkesan.

b) Tujuan :
- Memastikan murid memahami kehendak tugasan bagi meningkatkan prestasi mereka.
- Merupakan satu proses pembelajaran berterusan @ proses interaktif

Penilaian
a) Konsep : Membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran

b) Tujuan :
- Membolehkan kita membuat anggaran terhapat matlamat yang dituju.
- Satu cara untuk mendapatkan bukti
- Penyelesaian masalah
c) Bentuk/Sifat:
- Kulitatif
- Kuantitatif

Pengukuran

a) Konsep :
Proses bagi mendapatkan penjelasan secara bernombor tentang sebanyak mana individu mempunyai sesuatu ciri yang diukur.

b) Tujuan :
Proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

c) Bentuk/sifat :
Tidak bersifat mutlak, pengukuran tidak semestinya dibuat dalam bentuk pengujian.

Pengujian
a) Konsep : Satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik- ukur tingkahlaku dan perubahan individu.

b) Tujuan :
- Tahap berapa baiknya prestasi diuji dalam pengujian.
- Guru dapat mengetahui sama ada pelajar dapat menguasai (kemahiran, pengetahuan & sikap) diingini.

Rujukan:
Azizi Ahmad. 2009. HEBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam pendidikan, Meteor Doc. Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan
http://kheru2006.i8.com/Asas_Pentaksiran_Pembelajaran.htm