Wednesday, January 13, 2010

ISL MINGGU 2: TAXONOMY BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

1. Taxonomy Bloom

Di dalam pentaksiran Bahasa Melayu mementingkan pentaksiran yang berkualiti dengan adanya pengunaan taxonomy bloom.
Taxonomy Bloom mengandungi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

a) Kognitif (Kemahiran mental dan pengetahuan)
- mengandungi pengetahuan dan perkembangan kemahiran intelektual
- dibahagikan kepada 6 kategori bermula dengan susah ke senang iaitu.
i. Pengetahuan-nyatakan, namakan, terangkan, labelkan
ii. Kefahaman-pilih, terangkan, tulis semula
iii. Penggunaan-selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat
iv. Analisis-bezakan, pastikan, pilih
v. Sintesis-bina, hasilkan, susun, kembangkan
vi. Penilaian-pilih kritik, berikan alasan, buktikan


2. Domain Krathwohl

b) Afektif ( Perkembangan perasaan dan emosi)
- mengandungi bagaimana kita mengenalpasti dan mewujudkan perasaan yang pelbagai, mengawal emosi, nilai, motivasi, pendirian seseorang.
- Dibahagikan kepada 5 bahagian bermula dari senang ke susah:
i. Menerima fenomena (Kesediaan untuk menyedari adanya suatu fenomena di persekitaranya) -tanya, pilih, huraikan, ikut, gunakan, namakan
ii. Bertindakbalas dengan fenomena (Memberikan reaksi terhadap fenomena yang ada di persekitaranya. Meliputi persetujuan, kesediaan, dan kepuasan dalam memberikan tanggapan).- beri jawapan, masukan, labelkan, pastikan, bincangkan, latih.
iii. Menghargai(Berkaitan dengan harga atau nilai yang diterapkan pada suatu objek, fenomena, atau tingkah laku..) - selesaikan, demonstrasikan, bacakan, belajar, kongsi
iv. Organisasi(Menilai nilai-nilai yang berbeza, dengan menyelesaikan konflik atau permasalahan yang berlaku, dan membentuk suatu sistem nilai yang konsisten.) - bezakan, samakan, terangkan, sintesis
v. Kompleks nilai(Memiliki sistem nilai yang mengendalikan tingkah lakunya sehingga menjadi amalan hidup.)- dengar, persembahkan, beri soalan, latih, selesaikan

c) Psikomotor ( kemahiran fizikal)
- mengandungi pergerakan fizikal, kordinasi dan menggunakan kemahiran motor bagi meningkatkan latihan.
- Dibahagikan kepada 7 kayegori oleh Simpson,1972 yang bermula daripada susah ke senang.
i. Persepsi- pilih, huraikan, hubungkan pastikan
ii. Set-mulakan, terangkan, gerakkan, tunjukkan
iii. Menunjukan apa yang direspon- ikut, respon, bertindak, salin
iv. Mekanisme- tunjukan, organisasikan, manipulasikan, lakarkan, binakan
v. Complext Overt Response- manipulasikan, binakan, campurkan, organisasikan, himpunkan
vi. Adaptasi- ubah, ulangkaji, mengubah, mengorganisasikan, adaptasi
vii. Organisasi- susunkan, binakan, bezakan, buatkan


Sumber:
http://akademik.upsi.edu.my/info/index.php?option=com_content&view=article&id=67&Itemid=75&lang=en

http://id.wikipedia.org/wiki/Taksonomi_Bloom

http://www.cuhk.edu.hk/oge/rcge/conference/090603/handout/Susan_Affective.pdf

No comments:

Post a Comment