Saturday, January 23, 2010

ISL MINGGU 3: JADUAL PENENTU UJIAN DAN LANGKAH-LANGKAH PEMBINAANNYA

1. PENGENALAN DAN KONSEP
Pengukuran adalah satu proses yang penting ketika membuat sesuatu penilaian khususnya dalam proses p&p. Alat pengukuran yang kurang berkualiti akan menghasilkan penilaian yang meragukan. Pembinaan JPU untuk memastikan pembinaan alat pengukuran yang sah dan boleh dipercayai

Jadual penentuan ujian membantu mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar.
Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran; dan (6) kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.
2. LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JPU

LANGKAH 1:

1.1 Tentukan topik yang hendak ditaksir. Misalnya dari Topik 1.1 hingga 1.3

1.2. Tentukan bilangan masa pengajaran Misalnya 40 waktu

LANGKAH 2:

2.1 Tentukan jenis ujian
Ujian objektif, Struktur dan/atau Esei

2.2 Tentukan jumlah item akan dibina
Misalnya 10 item.

2.3 Tentukan pemarkahan setiap item
Misalya 5 markah bagi 1 item

2.4 Hitung berapa waktu P&P mesti dibina bagi
satu item

= 40 = 4 waktu = setiap 4 waktu P&P dibina 1 item
10 atau
= setiap 1 item bagi 4 waktu P&P.



2.5. Hitung Bilangan Item Bagi Setiap Topik;

Jumlah Waktu P&P Topik x Jumlah Item
Jumlah Waktu Keseluruhan

Contoh: Tajuk 1.2.

= 15 x 10 = 3.75 ~ 4 item bagi topik 1.2.
40

LANGKAH 3:

3.1 Tentukan model aras kesukaran item
(menggunakan Taksonomi Bloom)

3.2 Untuk Domain kognitif;

Aras 6: Penilaian Sukar
Aras 5: Sintesis
Aras 4: Analisis
Aras 3: Aplikasi
Aras 2: Kefahaman
Aras 1: Pengetahuan Mudah

LANGKAH 4:

3.1 Tentukan bilangan item bagi
setiap komponen (sekiranya
pelbagai bentuk ujian dibina –
objektif, struktur dan / atau esei)

3.2 Tentukan aras kesukaran setiap
item dan mengikut pemberatan
5:3:2 atau 6:3:1 atau antara 20% -
80%

Langkah 5:
5.1 Bina jadual dan lengkapkan
dengan semua ciri yang telah
ditentukan.

5.2 Susun nombor item mengikut
tajuk.

5.3 Tuliskan mata pelajaran dan
tingkatan.


Sumber:

Azizi Ahmad.2009.HBEF3203. Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan. Meteor Doc. Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan.
http://www.docstoc.com/docs/DownloadDoc.aspx?doc_id=16907486
http://www.docstoc.com/docs/DownloadDoc.aspx?doc_id=15184794
http://www.scribd.com/doc/14284619/langkahlangkah-membuat-Jadual-Penentu-Ujian-JPU
http://www.scribd.com/doc/18001556/Jadual-Penentuan-Ujian

No comments:

Post a Comment